Perjalanan Seterusnya.

Assalamualaikum Para Pengunjung.

Pada ketika ini, saya sibuk memikirkan idea penceritaan cerpen Sinar Hidayah.

Saya baru sahaja kongsikan di laman seindahhiasan.com cerpen tersebut Bahagian 1.

InsyaAllah bahagian seterusnya akan menyusul secepat mungkin :)

Sebenarnya, ada mesej yang cuba saya selitkan didalam cerpen tersebut.

Harapan saya, pembaca cerpen Sinar Hidayah dapat merungkai mesej tersirat tersebut. InshaAllah.

seindahhiasan.com juga bakal bertukar sedikit rupanya dalam masa terdekat.

.

Niat di hati, ingin saya menukar baner depan dan baner atas.

Sedang membaca manuskrip penuh novel Lovin’ You karya Hana Kimi.

Kagum juga dengan penulis muda ini. Berbangga juga melihat pelajar di bangku persekolahan menengah mula menulis novelnya sendiri.

Kak Ainun yakin, pasti Hana Kimi menjadi novelis yang terkenal kelak. Amin :)

.

Cerpen Hujan dan Harapan karya Soujiro atau nama sebenarnya Mohd Zaki juga tidak kurang hebatnya.

Gemar akan bagaimana penulis menceritakan suasana dan persekitaran dalam cerpen tersebut.

Terasa seperti berada di tempat tersebut. Bagus sekali.

Ternanti-nanti bahagian yang seterusnya :)

.

Seribu kemaafan juga dihulurkan kepada pengunjung seindahhiasan.com dan juga ahli keluarga seindahhiasan.com andai lambat memberi respons.

Akhir-akhir ini, agak sibuk dengan kerja yang semakin bertambah dari hari ke hari.

Namun, saya akan cuba sedaya upaya mengemas kini seindahhiasan.com dengan karya-karya dan komen-komen terbaru.

Doakan seindahhiasan.com terus berkembang ya. Amin.

.

Salam Ikhlas,

Ainun Nasihah

www.seindahhiasan.com

0 Response to "Perjalanan Seterusnya."

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda di sini :)