Selamat Datang Para Pengunjung!
Entri ini merupakan entri pertama blog Editor seindahhiasan.com
Memandangkan ini merupakan entri pertama, terlebih dahulu, ingin saya memperkenalkan diri.
Cukuplah pengunjung mengenali saya dengan nama pena Ainun Nasihah.
Pasti ada yang tertanya, apakah motif penubuhan blog Editor seindahhiasan.com.
Sebenarnya, idea ini menerjah di fikiran ketika saya sibuk memikirkan medium terbaik untuk saya mendekati pengunjung seindahhiasan.com
Mungkin dengan tertubuhnya blog ini, pengunjung seindahhiasan.com semakin dekat dengan editor, sekaligus memudahkan interaksi antara pengunjung dan editor.
.
Sekiranya anda belum menjengah seindahhiasan.com, anda dijemput untuk menyinggahinya
.
Saya pernah diajukan soalan oleh pengunjung seindahhiasan.com
Bolehkah saya tahu apakah misi dan visi seindahhiasan.com?
Terima kasih kepada yang bertanya. Soalannya itu membuatkan saya berfikir agak lama.
Pada masa itu, arah tuju seindahhiasan.com masih belum ditetapkan dengan jelas.
Pengisiannya pada masa itu terfokus kepada Resepi, Muzik, Puisi, Lukisan dan Rahsia Kehidupan (kini ruangan Motivasi).
Bila diajukan soalan sedemikian, lidah saya seolah-olah kelu.
Terlalu banyak cabangnya, sehinggakan saya sendiri keliru.
.
Saya cuba melihat pasaran, apakah yang menjadi keinginan pengunjung.
Pada ketika itu, ruangan puisi mendapat sambutan paling hangat.
Maka, saya fokuskan seindahhiasan.com dalam bidang penulisan dan karya, namun masih mengekalkan cabangnya yang lain dengan nama mini seindahhiasan.
Itu juga menjadi bonus kepada saya memandangkan saya gemar menulis kata-kata motivasi dan cerita-cerita yang mempunyai mesej tersendiri.
Saya mula melakar misi dan visi seindahhiasan.com dengan lebih jelas.
.
Misi www.seindahhiasan.com
- Menjadikan laman seindahhiasan tempat berkumpulnya penulis berpotensi
- Menyediakan ruang kepada pengkarya (Penulisan dan Lukisan)
- Menyuntik semangat positif dan motivasi kepada pembaca melalui ruangan Motivasi
- Menyampaikan mesej-mesej tersirat melalui pena
Visi www.seindahhiasan.com
- Melahirkan golongan yang minat menulis dan membaca
.
Sejujurnya, masih ada visi seindahhiasan.com yang tidak tercatat.
Namun, biarkanlah ia menjadi rahsia editor. Akan saya beritahu apabila tiba masanya kelak
.
Terdapat sedikit penambahan untuk mini seindahhiasan.
Ingin saya menambah satu ruangan iaitu Binatang Peliharaan Saya, khas untuk pengunjung seindahhiasan yang ingin berkongsi gambar dan kisah binatang peliharaan anda.
Bonus untuk saya juga kerana saya amat menggemari kucing. Comel
InshaAllah akan saya kongsi dengan pengunjung seindahhiasan.com dalam masa terdekat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang idea, bolehlah tinggalkan mesej anda di kotak komentar di bawah.
.
Selamat mengunjungi seindahhiasan.com!
InshaAllah sebarang perkembangan terbaru seindahhiasan akan saya catatkan di blog ini kelak.
Terima kasih kerana sudi menjadi pengunjung seindahhiasan.com!
.
Salam Ikhlas,
Ainun Nasihah
www.seindahhiasan.com


0 Response to "Assalamualaikum."
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda di sini :)