Ruangan Baru Mini Seindahhiasan.com: Bisnes


Assalamua'laikum Para Pengunjung.



Bagaimana perjalanan hidup anda hari ini? :)
Semoga baik dan bahagia hendaknya.

Sudah lama editor tidak mengemas kini blog editorseindahhiasan.blogspot.com.

Untuk pengetahuan para pengunjung seindahhiasan, kini ruangan Bisnes untuk ruangan Mini Seindahhiasan.com telah diwujudkan.

Untuk melawat laman tersebut, sila klik sini:

Para pengunjung seindahhiasan.com amatlah dialu-alukan untuk berkongsi bisnes yang diceburi.
Namun, haruslah mengikuti syarat-syarat yang telah ditentukan oleh pihak seindahhiasan.com bagi mengelakkan sebarang masalah.

1. Tiada unsur penipuan
2. Bukan skim cepat kaya
3. Perniagaan yang halal dan dibenarkan shariah


Selamat Berkunjung ke Laman Seindahhiasan.com :)

Salam Ikhlas,
















Ainun Nasihah,

www.seindahiasan.com

Terbaru: Novel Inikah Cinta? karya Kumako

Jom singgah www.seindahhiasan.com
Terbaru:Novel Inikah Cinta? karya Kumako
Untuk membacanya, klik sini:

Salam Ikhlas,

Ainun Nasihah,
www.seindahhiasan.com

Terbaru: Novel Endless Love 1-8 karya Hana Kimi

Jom singgah www.seindahhiasan.com
Terbaru:Novel Endless Love 1-8 karya Hana Kimi
Untuk membacanya, klik sini:

Salam Ikhlas,

Ainun Nasihah,
www.seindahhiasan.com

Jom Memasak!

Assalamu’alaikum Para Pengunjung!

Seindahhiasan telah diserikan dengan laman mini seindahhiasan.com terbaru: Jom Memasak!

.

Diharapkan agar pengunjung seindahhiasan.com mendapat manfaat :)

.

Ruangan ini sebenarnya telah wujud sebelum seindahhiasan.com mengalami sedikit perubahan pengisian.

Rasa sayang pula jika ruangan ini diabaikan sedangkan ia boleh memberi manfaat kepada semua terutama pengunjung wanita seindahhiasan.com :)

.

Editor masih lagi sedang membaca manuskrip penuh novel Lovin’ You karya Hana Kimi.

Panjang sungguh! :P

InsyaAllah akan editor pamerkan novel itu khas untuk pengunjung dari penulis muda: Hana Kimi dalam minggu ini juga.

.

Semalam baru sahaja editor pamerkan cerpen Sinar Hidayah Bahagian 2 di laman seindahhiasan.com

Nampaknya cerpen ini memberikan reaksi yang positif oleh para pembaca.

Malah, ia juga mengatasi cerpen pertama editor di seindahhiasan.com : Cerpen Alif

.

InshaAllah akan editor siapkan bahagian 3 secepat mungkin :)

Semoga Allah permudahkan segalan urusan. Amin :)

.

Salam Ikhlas,

Ainun Nasihah

www.seindahhiasan.com

Perjalanan Seterusnya.

Assalamualaikum Para Pengunjung.

Pada ketika ini, saya sibuk memikirkan idea penceritaan cerpen Sinar Hidayah.

Saya baru sahaja kongsikan di laman seindahhiasan.com cerpen tersebut Bahagian 1.

InsyaAllah bahagian seterusnya akan menyusul secepat mungkin :)

Sebenarnya, ada mesej yang cuba saya selitkan didalam cerpen tersebut.

Harapan saya, pembaca cerpen Sinar Hidayah dapat merungkai mesej tersirat tersebut. InshaAllah.

seindahhiasan.com juga bakal bertukar sedikit rupanya dalam masa terdekat.

.

Niat di hati, ingin saya menukar baner depan dan baner atas.

Sedang membaca manuskrip penuh novel Lovin’ You karya Hana Kimi.

Kagum juga dengan penulis muda ini. Berbangga juga melihat pelajar di bangku persekolahan menengah mula menulis novelnya sendiri.

Kak Ainun yakin, pasti Hana Kimi menjadi novelis yang terkenal kelak. Amin :)

.

Cerpen Hujan dan Harapan karya Soujiro atau nama sebenarnya Mohd Zaki juga tidak kurang hebatnya.

Gemar akan bagaimana penulis menceritakan suasana dan persekitaran dalam cerpen tersebut.

Terasa seperti berada di tempat tersebut. Bagus sekali.

Ternanti-nanti bahagian yang seterusnya :)

.

Seribu kemaafan juga dihulurkan kepada pengunjung seindahhiasan.com dan juga ahli keluarga seindahhiasan.com andai lambat memberi respons.

Akhir-akhir ini, agak sibuk dengan kerja yang semakin bertambah dari hari ke hari.

Namun, saya akan cuba sedaya upaya mengemas kini seindahhiasan.com dengan karya-karya dan komen-komen terbaru.

Doakan seindahhiasan.com terus berkembang ya. Amin.

.

Salam Ikhlas,

Ainun Nasihah

www.seindahhiasan.com

Assalamualaikum.


Selamat Datang Para Pengunjung!

Entri ini merupakan entri pertama blog Editor seindahhiasan.com

Memandangkan ini merupakan entri pertama, terlebih dahulu, ingin saya memperkenalkan diri.

Cukuplah pengunjung mengenali saya dengan nama pena Ainun Nasihah.

Pasti ada yang tertanya, apakah motif penubuhan blog Editor seindahhiasan.com.

Sebenarnya, idea ini menerjah di fikiran ketika saya sibuk memikirkan medium terbaik untuk saya mendekati pengunjung seindahhiasan.com

Mungkin dengan tertubuhnya blog ini, pengunjung seindahhiasan.com semakin dekat dengan editor, sekaligus memudahkan interaksi antara pengunjung dan editor.

.

Sekiranya anda belum menjengah seindahhiasan.com, anda dijemput untuk menyinggahinya :)

.

Saya pernah diajukan soalan oleh pengunjung seindahhiasan.com

Bolehkah saya tahu apakah misi dan visi seindahhiasan.com?

Terima kasih kepada yang bertanya. Soalannya itu membuatkan saya berfikir agak lama.

Pada masa itu, arah tuju seindahhiasan.com masih belum ditetapkan dengan jelas.

Pengisiannya pada masa itu terfokus kepada Resepi, Muzik, Puisi, Lukisan dan Rahsia Kehidupan (kini ruangan Motivasi).

Bila diajukan soalan sedemikian, lidah saya seolah-olah kelu.

Terlalu banyak cabangnya, sehinggakan saya sendiri keliru.

.

Saya cuba melihat pasaran, apakah yang menjadi keinginan pengunjung.

Pada ketika itu, ruangan puisi mendapat sambutan paling hangat.

Maka, saya fokuskan seindahhiasan.com dalam bidang penulisan dan karya, namun masih mengekalkan cabangnya yang lain dengan nama mini seindahhiasan.

Itu juga menjadi bonus kepada saya memandangkan saya gemar menulis kata-kata motivasi dan cerita-cerita yang mempunyai mesej tersendiri.

Saya mula melakar misi dan visi seindahhiasan.com dengan lebih jelas.

.

Misi www.seindahhiasan.com

  • Menjadikan laman seindahhiasan tempat berkumpulnya penulis berpotensi
  • Menyediakan ruang kepada pengkarya (Penulisan dan Lukisan)
  • Menyuntik semangat positif dan motivasi kepada pembaca melalui ruangan Motivasi
  • Menyampaikan mesej-mesej tersirat melalui pena

Visi www.seindahhiasan.com

  • Melahirkan golongan yang minat menulis dan membaca

.

Sejujurnya, masih ada visi seindahhiasan.com yang tidak tercatat.

Namun, biarkanlah ia menjadi rahsia editor. Akan saya beritahu apabila tiba masanya kelak :)

.

Terdapat sedikit penambahan untuk mini seindahhiasan.

Ingin saya menambah satu ruangan iaitu Binatang Peliharaan Saya, khas untuk pengunjung seindahhiasan yang ingin berkongsi gambar dan kisah binatang peliharaan anda.

Bonus untuk saya juga kerana saya amat menggemari kucing. Comel :)

InshaAllah akan saya kongsi dengan pengunjung seindahhiasan.com dalam masa terdekat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang idea, bolehlah tinggalkan mesej anda di kotak komentar di bawah.

.

Selamat mengunjungi seindahhiasan.com!

InshaAllah sebarang perkembangan terbaru seindahhiasan akan saya catatkan di blog ini kelak.

Terima kasih kerana sudi menjadi pengunjung seindahhiasan.com!

.

Salam Ikhlas,









Ainun Nasihah

www.seindahhiasan.com